Surat Edaran 28 Jun 2011 - Kemudahan Capaian Maklumat Perolehan Yang Telah Dilaksanakan Melalui Sistem eP
Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan telah mengeluarkan satu surat Edaran bertarikh 28 Jun 2011 mengenai Kemudahan Capaian Maklumat Perolehan Yang Telah Dilaksanakan Melalui Sistem ePerolehan (eP). Melalui kemudahan ini, Agensi boleh mencapai maklumat spesifikasi tawaran dan harga yang telah dilaksanakan melalui sistem eP sebagai rujukan dan panduan dalam membuat kajian pasaran bagi perolehan bekalan/perkhidmatan.
Sila klik di sini untuk muat turun Surat Edaran berkenaan.
Akses terus kepada Sistem Kajian Pasaran boleh dicapai di sini, atau layari www.eperolehan.gov.my untuk makluman lanjut.
Surat Arahan Perbendaharaan Penggunaan Sijil Virtual Dalam Urusan Perolehan Kerajaan Bagi Bekalan dan Perkhidmatan.
Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 1 Januari 2010, Kementerian Kewangan memperkenalkan sijil virtual bagi pendaftaran syarikat/firma perunding untuk menggantikan sijil pendaftaran sedia ada yang dikeluarkan secara manual (hardcopy) pada masa ini. Semua syarikat/firma perunding yang ingin menyertai perolehan Kerajaan bagi bekalan dan perkhidmatan tidak lagi perlu mengemukakan secara fizikal sijil pendaftaran syarikat/firma perunding masing-masing kepada Agensi/Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Semua Agensi/PTJ hendaklah membuat semakan menerusi Sistem ePerolehan di www.eperolehan.gov.my untuk memastikan kesahihan taraf pendaftaran syarikat/firma perunding dengan Kementerian Kewangan sebelum melaksanakan urusan perolehan Kerajaan berdasarkan peraturan sedia ada. Maklumat pendaftaran syarikat/firma perunding di dalam Sistem ePerolehan adalah sahih dan muktamad.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Surat Arahan Perbendaharaan Penggunaan Sijil Virtual Dalam Urusan Perolehan Kerajaan Bagi Bekalan dan Perkhidmatan bertarikh 30 Disember 2009 di Portal Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia,
atau muat turun yang berikut:
SAP Sijil Virtual Dalam Urusan Perolehan Kerajaan Bagi Bekalan dan Perkhidmatan bertarikh 30 Disember 2009.
|