|
|

Semenjak tahun 2000 sehingga 30 Jun 2007, 53 % iaitu sejumlah 1,419 daripada 2,679 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah dikenal pasti (mempunyai data yang lengkap) telah eP enabled, 1,175 ialah PTJ di Semenanjung Malaysia dan 244 ialah PTJ di Sabah, Sarawak dan Labuan. Dijangkakan semua PTJ akan dapat eP enabled pada akhir tahun 2009.
Latihan ePerolehan kepada pengguna-pengguna kerajaan telah dibuat dengan kerjasama pihak INTAN dan anjuran PTJ-PTJ di seluruh negara. Sehingga 30 Jun 2007, sejumlah 7,981 pengguna kerajaan telah pun dilatih menggunakan sistem ePerolehan. Mulai bulan November 2006, sebanyak 23 sesi Latihan dan Mandatory Handholding Bersepadu telah diadakan untuk 303 PTJ. Sistem eP melibatkan lima jenis peranan iaitu Pegawai Sokongan PTJ, Pegawai Peminta, Pegawai Pelulus, Pegawai Terima Barangan dan Pegawai Padanan Bayaran. Setiap PTJ dianggarkan terdapat minimum 5 orang dan maksimum 9 orang pengguna yang perlu dilatih berdasarkan peranan. Bagi setiap peranan, terdapat 2 orang pengguna yang pelru dilatih manakala peranan untuk Pegawai Sokongan PTJ hanya seorang bagi setiap PTJ. Oleh itu, secara puratanya, dijangkakan setiap PTJ terdapat 5 orang pengguna yang perlu dilatih.
Selain latihan di INTAN, sesi Mandatory Handholding atau Extended Handholding (EHH) juga diadakan untuk pengguna-pengguna kerajaan yang melibatkan transaksi sebenar di tapak PTJ yang terlibat. Sebanyak 75 sesi Mandatory Handholding atau Extended Handholding telah diadakan untuk 497 PTJ dari tahun 2006 sehingga 30 Jun 2007.
MHH dan Enablement Anjuran Kementerian / PTJ
1. Mandatory Handholding (MHH) bagi PTJ Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Sebanyak 3 MHH telah diadakan yang melibatkan 19 PTJ dan 70 peserta. MHH ini telah diadakan dari 4 hingga 9 Jun 2007 bertempat di Jabatan Akauntan Negara Kuching, Sarawak. MHH ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang mewakili 7 PTJ.
MHH juga telah diadakan dari 18 hingga 21 Jun 2007 bertempat di Jabatan Akauntan Negara Sibu, Sarawak. MHH ini telah dihadiri oleh 20 orang peserta yang mewakili 5 PTJ. MHH juga telah diadakan dari 26 hingga 29 Jun 2007 bertempat di Jabatan Akauntan Negara Miri, Sarawak. MHH ini telah dihadiri oleh 25 orang peserta yang mewakili 7 PTJ.
2. Mandatory Handholding (MHH) bagi PTJ Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)
Sebanyak 2 MHH telah diadakan yang melibatkan 25 PTJ dan 77 peserta. MHH ini telah diadakan pada 12 dan 13 Jun 2007 bertempat di Kolej Teknologi Cosmopoint Kota Kinabalu, Sabah. MHH ini telah dihadiri oleh 35 orang peserta yang mewakili 12 PTJ. MHH juga telah diadakan pada 26 dan 27 Jun 2007 bertempat di Maktab Kerjasama Malaysia, Sarawak. MHH ini telah dihadiri oleh 42 orang peserta yang mewakili 13 PTJ.
3. Mandatory Handholding (MHH) bagi PTJ Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Zon Sarawak
Sebanyak 2 MHH telah diadakan yang melibatkan 57 PTJ dan 215 peserta. MHH ini telah diadakan pada 12 dan 13 Jun 2007 bertempat di Holiday Inn, Kuching, Sarawak. MHH ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang mewakili 27 PTJ. MHH ini juga telah diadakan dari 26 sehingga 29 Jun 2007 bertempat di Beverly Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. MHH ini telah dihadiri oleh 115 orang peserta yang mewakili 30 PTJ.
4. Mandatory Handholding (MHH) bagi PTJ Kementerian Pengangkutan (MOT)
MHH ini telah diadakan pada 14 dan 15 Jun 2007 bertempat di Jabatan Laut Sarawak, Kuching, Sarawak. MHH ini telah dihadiri oleh 27 orang peserta yang mewakili 9 PTJ.
*Definasi Enablement
Enablement bermaksud PTJ tersebut telah bersedia untuk menggunakan sistem eP apabila PTJ tersebut telah memenuhi 5 kriteria berikut iaitu:
- Komputer
- Talian Electronic Government Network (eGNET) atau Internet sudah dipasang
- Senarai pengguna
- Kad pintar / no. pin kad pintar / pembaca kad pintar
- Menghadiri latihan
**Definasi Mandatory Handholding
Mandatory - kemestian/wajib
Handholding - Bimbingan tangan
Mandatory Handholding bermaksud program latihan yang dibuat secara live yang dibuat kepada semua pengguna PTJ iaitu Pegawai Sokongan PTJ, Peminta, Pelulus, Pegawai Penerima Barang dan Pegawai Padanan Bayaran. Program ini dibuat mengikut carta aliran proses perolehan sebenar pada masa yang berbeza mengikut peranan masing-masing. Pembekal juga terlibat di dalam program ini. Melalui program ini PTJ diminta menyediakan cadangan pembelian atau nota minta.
|