Selamat Datang ke Laman Web Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia

Bahasa Malaysia
English

Video Korporat

Terkini
Perkhidmatan SMS
<<Sila klik>>


------ --- ------


Sesi Mandatory Handholding secara bersepadu dengan menggabungkan program kursus dan enablement sedang dijalankan. Ia kini sedang dilaksanakan di semua kampus INTAN.<<Sila klik>>


"Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi dengan pihak Kerajaan jika masih tidak eP enabled"- selaras dengan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan S/K.KEW/PK/EP
/1100/000000/143/23 Jld.3(7) bertarikh 3 Disember 2002


"Penggunaan logo ePerolehan untuk sebarang tujuan dalam sebarang bentuk sama ada bercetak atau elektronik adalah dilarang sama sekali melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Unit ePerolehan."


No Tel:
03 7985 7888

No. Fax:
03 7985 7744

Emel:
bantuanptj@eperolehan.com.my

Alamat:
Khidmat Bantuan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Dua, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.
     ePerolehan
     MAMPU
     EG-AG
     INTAN
     MyGoverment
     GITN
     MSC
     MDeC
     eKL


www ePerolehan


Sejak 1 Julai 2005
Kemaskini 18 Disember 2008


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke Web Unit ePerolehan, Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia.

Perkembangan dalam teknologi maklumat, pengaruh globalisasi dan kepesatan ekonomi masakini memberikan banyak implikasi dalam menjalani kehidupan kita seharian. Proses pertukaran maklumat yang sebegitu pantas merubah cara kita berkomunikasi dan menjalankan tugas. Banyak faedah telah diperolehi dengan menggunakan ICT sebagai alat untuk melaksanakan tugas seharian.

Unit ePerolehan yang ditubuhkan pada September 1999 bertanggungjawab mengawalselia, memantau dan memperbaiki segala proses dan perjalanan sistem perolehan kerajaan pusat yang berasaskan elektronik - ePerolehan. Sistem ePerolehan ini dibangunkan oleh Syarikat Commercedc Dot Com (CDC) yang telah diberi konsesi secara Bina-Kendali-Pindah (Build-Operate-Transfer-BOT) oleh Kerajaan Malaysia untuk selama 12 tahun sehingga 2012. Sistem ePerolehan (eP) merupakan salah satu aplikasi perdana yang amat berjaya di dalam projek Kerajaan Elektronik (eG).

Pelaksanaan Sistem ePerolehan ini bukan sahaja membolehkan agensi kerajaan melaksanakan perolehan secara elektronik tetapi secara langsung membantu meningkatkan kecekapan proses transaksi perolehan antara para pembekal dan agensi kerajaan persekutuan. Sistem ini telah dirangka agar dapat menjimatkan masa, tenaga dan kewangan serta lebih telus, saksama dan mudah untuk digunakan. Sistem ini juga dapat menjadikan para pembeli dan pembekal menjadi lebih bijak dan lebih kompetitif.

Para pengunjung adalah dialu-alukan untuk melawat portal Unit eP bagi memperolehi maklumat terkini mengenai aktiviti, fungsi dan program-program Unit eP yang telah dan akan dijalankan. Portal ini akan sentiasa dikemaskini dari segi kandungan, maklumat, penampilan dan berita tentang unit ini. Para pengunjung juga boleh mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, mengemukakan pertanyaan dan sebagainya. Melalui portal ini, saya berharap para pengunjung juga akan lebih memahami proses perolehan kerajaan yang dikendalikan secara elektronik dengan lebih baik.

Disamping itu, portal ini juga akan menjadi jambatan kepada laman-laman web lain yang berkaitan dengan Kerajaan Elektronik.

Saya menaruh harapan melalui penggunaan portal ini, Unit ePerolehan dapat menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang berteraskan knowledge economy yang diperlukan di dalam mengharungi Wawasan 2020.

Dalam usaha untuk memantapkan lagi portal ini saya mengalu-alukan pandangan dan idea yang membina untuk Unit ePerolehan agar ia menjadi sebuah unit yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Selamat melayari portal ePerolehan, gerbang maklumat ke dunia siber anda!!


Tuan Haji Abd. Shukor Bin Ibrahim
Pengarah Projek ePerolehan
Perbendaharaan Malaysia

Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada,
ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
Hubungi Kami :
No Tel: 03-8312 7270  No. Fax: 03-8312 7271/2501
Unit ePerolehan,Kementerian Kewangan Malaysia, Blok Helang, Villa & Kompleks Pejabat, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
• Hakcipta © 2007 Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia. •