"Suppliers will lose the opportunity to transact with the Government if they are still not eP enabled"- due to Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan S / K.KEW / PK / EP / 1100/000000/143/23 Jld.3(7) dated 3 December 2002
Reminder
"The use of eProcurement logo for any purpose in any form either published or electronics is absolutely forbidden unless with the written permission from eProcurement Unit."
KEMENTERIAN KEWANGAN (Ministry of Finance Malaysia)
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PRECINT 2
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62592 PUTRJAYA
Tel : 03-8882 xxxx
Cabel : TREASURY xxxxxx
Telex : FEDTRY M xxxxxx
Fax :
:
Web : http://www.treasury.gov.my
Rujukan : Tarikh : 23 September 2003
Lihat Edaran
Y.Bhg. Datuk/Datin/Dato'/Tuan/Puan,
Bayaran Kenaan Transaksi (Transaction Fee) Dalam Sistem ePerolehan
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Kementerian Kewangan telah mengikat kontrak dengan Commerce Dot Com Sdn. Bhd.(CDCSB) bagi membangun dan mengendalikan sistem ePerolehan secara Build, Operate and Transfer (BOT). Selaras dengan kontrak ini, bagi membolehkan CDCSB menampung kos yang ditanggung, adalah ditetapkan bahawa setiap traksaksi yang diuruskan melalui aplikasi eP akan dikenakan kenaan sebanyak 0.8% ke atas nilai setiap transaksi yang disempurnakan, tertakluk kepada had maksimum sebanyak RM9600.00. Kenaan traksaksi eP ini adalah ditanggung oleh pihak pembekal dan amaunnya dipotong daripada nilai setiap transaksi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
3. Pada masa kini masih terdapat PTJ tidak membuat bayaran kenaan transaksi untuk perolehan bekalan dan perkhidmatan melalui sistem ePerolehan untuk Pembelian Terus secara offline, iaitu pembelian yang dibuat kepada pembekal yang belum berdaftar dengan ePerolehan tidak mempunyai katalog barang/perkhidmatan di dalam ePerolehan serta belum mempunyai komputer untuk mengendalikan ePerolehan. Keadaan ini tidak teratur kerana semua pembelian melalui ePerolehan secara offline atau online hendaklah dikenakan potongan 0.8%. Bagi memudahkan pengguna, sistem ePerolehan telah diubahsuai supaya potongan 0.8% dan perkiraan nilainya dibuat secara elektronik. Sehubungan dengan itu mulai 6 Ogos 2003, perkara ini telah dikuatkuasakan di dalam sistem ePerolehan. Ini bererti sistem akan membuat potongan 0.8% secara otomatik dan tiada lagi perlu dilakukan sendiri oleh pengguna eP di PTJ.
4. Walau bagaimanapun, semua Pesanan Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh PTJ melalui Pembelian Terus Secara offline sebelum daripada tarikh ini, tidak perlu diproses semula untuk dikenakan potongan 0.8%. Ini adalah bagi mengelakkan kekeliruan dan kerja bertindan di pihak PTJ.
5. Sehubungan itu, kerjasama daripada Y. Bhg. Datuk/Tuan/Puan diminta untuk memaklumkan kepada semua PTJ yang telah diperbolehkan dengan sistem ePerolehan bahawa semua pembekal ini tidak terkecuali dan perlu dibuat kenaan 0.8% ke atas nilai setiap pesanan yang disempurnakan melalui sistem ePerolehan. Potongan kenaan transaksi ePerolehan diakaunkan dalam akaun amanah kod 75537. Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat daripada Jabatan Akauntan Negara bil. ANM (EG) 203/Jld. 2/(13) bertarikh 12 Disember 2002 untuk rujukan.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
(Dato' Abdul Majid bin Haji Hussein)
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Operasi)
b/p Ketua Setiausaha Perbendaharaan
s.k.
Ketua Pegawai Operasi
Commercedc Dot Com Sdn Bhd
Enggang Block
Villa & Office Complex
Cyberview Gardens
63000 Cyberjaya
TSBK (M)
Akauntan Negara Malaysia
Jabatan Akauntan Negara
Aras 1-8, Blok 2G1A
Kompleks Kementerian Kewangan
Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara
Aras9, Blok D2, Parcel D
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
JABATAN AKAUNTAN NEGARA
Blok 8 Tingkat 1-6
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan
Jalan Duta
50594 Kuala Lumpur
Bayaran Kenaan Transaksi (Transaction Fee) di bawah Aplikasi ePerolehan
1. Dalam perjanjian di antara Kerajaan dengan Commerce Dot Com Sdn. Bhd.(CDC) (pihak yang mengendalikan aplikasi ePerolehan), telah dijelaskan bahawa setiap pesanan Kerajaan yang diuruskan melalui aplikasi ePerolehan akan dikenakan Kenaan Transaksi ePerolehan sebanyak 0.8% ke atas nilai setiap pesanan yang disempurnakan tertakluk kepada had maksimum Kenaan Transaksi ePerolehan sebanyak RM9,600 bagi satu-satu pesanan berkenaan. Kenaan Transaksi ePerolehan adalah ditanggung oleh pihak pembekal dan amaunnya dipotong daripada invois pembekal o1eh Pusat Tanggungjawab.
2. Menurut prosedur yang telah ditetapkan, semasa baucar disediakan oleh Pusat Tanggungjawab untuk membayar invois pesanan ePerolehan yang disempurnakan, potongan Kenaan Transaksi ePerolehan akan dibuat dan amaun tersebut diakaunkan dalam akaun amanah : 75537. Pejabat Perakaunan kemudiannya perlu membuat bayaran kepada pihak CDC bagi Kenaan Transaksi ePerolehan yang diakaunkan dalam akaun amanah yang dimaksudkan itu.
3. Dalam perbincangan dengan pihak CDC pada 26 November 2002, keputusan seperti berikut telah dicapai. Pejabat-pejabat Perakaunan diminta menentukan perkara-perkara berikut dipatuhi dafam urusan bayaran Kenaan Transaksi ePerolehan ke pihak CDC :-
Bayaran Kenaan Transaksi ePerolehan adalah berdasarkan kedudukan baki akaun amanah : 75537 yang dilaporkan dalam laporan C351 dari sistem BAS. Laporan berkenaan akan diguna sebagai dokumen sokongan bayaran;
Bayaran perlu dilakukan sekali seminggu berdasarkan baki akaun amanah : 75537 yang dilaporkan dalam laporan C351 pada hari isnin (atau hari kerja berikutnya jika hari isnin berkenaan merupakan hari cuti umum). Bayaran dibuat jika baki dalam akaun berkenaan adalah tidak kurang dari RM1,000. ]ika bakinya kurang dari RM1,000 bayaran tidak perlu dilakukan bagi minggu berkenaan;
Bayaran perlu dibuat melalui EFT;
Satu salinan laporan C351 perlu dihantar ke pihak CDC setiap kali bayaran Kenaan Transaksi dilakukan. Nombor rujukan EFT perlu dicatat pada laporan C351 yang dihantar itu;
Berikut adalah perihal bayaran kepada pihak CDC. Sila kemaskinikan maklumat berkenaan dalam module SPKB:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
Nama Syarikat
No. Syarikat
Alamat
No. akaun bank
Nama dan alamat bank
No. Telefon
No. faks
email
: COMMERCEDC DOT COM SDN. BHD.
: 486495-V
: Tingkat 1, Blok Enggang, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor
: 562142800978
: Malayan Banking Berhad, Cawangan Taman Sri Serdang, 231 Jalan 18/23, Taman Sri Serdang, 43300 Sri Kembangan, Selangor
: 03-83122500
: 03-83122400
: acccdc@commercedc.com.my
4. Peraturan di atas berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003. Baki dalam akaun amanah: 75537 mengikut kedudukan pada Januari 31 Disember 2002, tidak kira amaunnya, perlu dilakukan bayaran kepada pihak CDC sebelum penutupan akaun akhir tahun kewangan 2002.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
( Othman bin Abdullah )
Timbalan Akauntan Negara (Operasi)
b/p Akauntan Negara MALAYSIA
Disclaimer: The Government of Malaysia and the Ministry of Finance shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Finance.
Contact Us :
Tel. No. : 03-8312 7270 Fax No. : 03-8312 7271/2501 Unit ePerolehan,Kementerian Kewangan Malaysia, Helang Block, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan