KERAJAAN MALAYSIA
Ketua-ketua Setiausaha Kementerian
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan
GARIS PANDUAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN PEROLEHAN KERAJAAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan Fasa 3 ePerolehan telah dilaksanakan pada pertengahan Jun 2002 dan akan merangkurni semua agensi Kerajaan Pesekutuan kelak. Fasa ini merangkumi semua moduJ sistem ePerolehan iaitu Perolehan Barangan/Perkhidmatan secara Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Sebut harga dan Tender.
2. Bagi melaksanakan sistem ePerolehan ini, semua agensi dikehendaki menyediakan kemudahan infrastruktur yang diperlukan berkaitan dengan rangkaian, perkakasan dan perisian komputer. Arahan yang dikeIuarkan melalui SPP BiI. 5 dan SPP Bil. 7 Tahun 2001 hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Semua agensi yang menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan hendaklah mematuhi Garis Panduan dan Strategi Pelaksanaan ePerolehan seperti di Lampiran A.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,

( Tan Sri Dr. Samsudin bin Hitam )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
18 Julai 2002
s.k. Ketua Setiausaha Negara
 Ketua Audit Negara
 Akauntan Negara Malaysia
|