Selamat Datang ke Laman Web Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia

Bahasa Malaysia
English

Video Korporat

Terkini
Perkhidmatan SMS
<<Sila klik>>


------ --- ------


Sesi Mandatory Handholding secara bersepadu dengan menggabungkan program kursus dan enablement sedang dijalankan. Ia kini sedang dilaksanakan di semua kampus INTAN.<<Sila klik>>


"Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi dengan pihak Kerajaan jika masih tidak eP enabled"- selaras dengan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan S/K.KEW/PK/EP
/1100/000000/143/23 Jld.3(7) bertarikh 3 Disember 2002


"Penggunaan logo ePerolehan untuk sebarang tujuan dalam sebarang bentuk sama ada bercetak atau elektronik adalah dilarang sama sekali melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Unit ePerolehan."


No Tel:
03 7985 7888

No. Fax:
03 7985 7744

Emel:
bantuanptj@eperolehan.com.my

Alamat:
Khidmat Bantuan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Dua, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.
     ePerolehan
     MAMPU
     EG-AG
     INTAN
     MyGoverment
     GITN
     MSC
     MDeC
     eKL


www ePerolehan


Sejak 1 Julai 2005
Kemaskini 18 Disember 2008



S1 Apakah ePerolehan?

ePerolehan adalah satu sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang menghubungkan komuniti pembeli dan penjual bersama-sama di dalam persekitaran yang selamat dan terjamin. ePerolehan juga membolehkan para pembekal mendaftar atau memperbaharui pendaftaran mereka dengan Kementerian Keawangan menerusi Internet.

S2 Apakah faedah-faedah menggunakan sistem ePerolehan?

Proses perolehan atas talian memperbaiki kecekapan dan menawarkan masa pusingan yang lebih cepat dalam operasi perniagaan antara pembekal dan pihak Kerajaan.

Faedah-faedah ePerolehan kepada Kerajaan:
  • Menawarkan proses perolehan yang lebih efektif dan efisyen selari dengan transformasi negara ke arah K-ekonomi.
  • Mengurangkan masa dan kos operasi.
  • Pilihan produk dan perkhidmatan yang lebih baik dan terkini.
  • Maklumat dan senarai harga produk terkini disediakan secara atas talian seterusnya membantu pembeli Kerajaan membuat pilihan perolehan yang tepat.
  • Mewujudkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan terutama dalam bidang IT.
  • Proses urusan belian dan bayaran yang lebih baik. eProlehan juga membenarkan pembeli Kerajaan menjejaki dan mengaudit proses perolehan yang telah dibuat.

Faedah-faedah ePerolehan kepada pembekal:

  • Pembekal mudah dihubungi oleh pembeli Kerajaan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  • Membolehkan peralihan pembekal kepada ePerniagaan dan menyediakan ruang kemasukan untuk keupayaan ePerniagaan.
  • Mempercepatkan peluang mengambil dan menerima konsep ePerniagaan.
  • Sasaran pengiklanan yang lebih luas.
  • Pengiklanan tanpa sempadan pada harga yang paling rendah.
  • Memudahkan proses dan kerja-kerja manual sekaligus mengurangkan kos pentadbiran dan kos operasi.
  • Penerimaan bayaran yang lebih cepat iaitu melalui Perpindahan Wang Secara Elektronik (EFT).

S3 Bagaimana untuk memohon sebarang sesi latihan?

Bagi pengguna Kerajaan, sebarang permohonan untuk sesi latihan boleh dimajukan secara bertulis kepada Bahagian Latihan, Unit ePerolehan.

Bagi pembekal, sesi latihan diuruskan oleh Commerce Dot Com Sdn. Bhd. Sila hubungi Commerce Dot Com untuk pertanyaan lanjut.

S4 Bagaimanakah caranya untuk memohon kad pintar?

Isikan butir-butir pengguna di Borang Pengguna ePerolehan (Lampiran B) dan fakskan beserta salinan kad pengenalan ke 03-7985 7744.

S5 Bagaimanakah caranya untuk menadapatkan alat pembaca kad pintar?

Untuk permohonan alat pembaca kad pintar, sila hubungi pihak GITN di talian 03-2240 0708.

S6 Bagaimanakah caranya untuk mencari item untuk pembelian atas talian?

Log masuk sebagai peminta dan ikuti langkah-langkah di bawah:
Tadbir Pesanan - Carian Katalog - Carian Parametrik/Carian Lanjutan - Masukkan maklumat carian dan klik butang Cari

S7 Bagaimanakah caranya untuk membuat semakan status Pesanan Kerajaan?

Log masuk sebagai mana-mana peranan dan ikuti langkah-langkah di bawah:

Tadbir Pesanan - Carian Pelbagai - Pilih Jenis Dokumen - Masukkan maklumat dokumen atau tarikh diterima dan pilih status dokumen - Klik Cari.

S8 Bagaimanakah caranya untuk membatalkan Pesanan Kerajaan?

Log masuk sebagai Pelulus dan ikuti langkah-langkah berikut:
Tadbir Pesanan - Pembatalan Pesana Kerajaan/Perkhidmatan - Pilih jenis Pesanan dan Status Pesanan - Klik Cari. Pilih pesana yang ingin dibatalkan di Buletin Tindakan dengan menekan butang Batal di ruang Tindakan Diperlukan.

Perhatian : Hanya Pesanan Kerajaan berstatus Menunggu Bekalan atau sebelumnya dan Pesanan Perkhidmatan (luar talian) berstatus Menunggu Kemaskini Nota Pelaksanaan Perkhidmatan atau sebelumnya boleh dibatalkan. Untuk Pesanan Perkhidmatan (atas talian) hanya pesanan berstatus Menunggu Perkhidmatan Atas Talian dan sebelumnya boleh dibatalkan.

S9 Apa yang perlu dilakukan sekiranya Pesanan Kerajaan dalam Buletin Tindakan telah dibatalkan secara automatik?

Pembatalan secara automatik berlaku kerana sistem ePerolehan tidak menerima maklumbalas dari sistem eSPKB dalam masa 2 minit untuk kemaskini buku VOT. Pelulus perlu melulus semula Permintaan dan sistem ePerolehan akan memaparkan nombor pesanan baru.
Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada,
ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
Hubungi Kami :
No Tel: 03-8312 7270  No. Fax: 03-8312 7271/2501
Unit ePerolehan,Kementerian Kewangan Malaysia, Blok Helang, Villa & Kompleks Pejabat, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
• Hakcipta © 2007 Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia. •