Selamat Datang ke Laman Web Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia

Bahasa Malaysia
English

Video Korporat

Terkini
Perkhidmatan SMS
<<Sila klik>>


------ --- ------


Sesi Mandatory Handholding secara bersepadu dengan menggabungkan program kursus dan enablement sedang dijalankan. Ia kini sedang dilaksanakan di semua kampus INTAN.<<Sila klik>>


"Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi dengan pihak Kerajaan jika masih tidak eP enabled"- selaras dengan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan S/K.KEW/PK/EP
/1100/000000/143/23 Jld.3(7) bertarikh 3 Disember 2002


"Penggunaan logo ePerolehan untuk sebarang tujuan dalam sebarang bentuk sama ada bercetak atau elektronik adalah dilarang sama sekali melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Unit ePerolehan."


No Tel:
03 7985 7888

No. Fax:
03 7985 7800

Emel:
bantuanptj@eperolehan.com.my

Alamat:
Khidmat Bantuan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Dua, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.
     ePerolehan
     MAMPU
     EG-AG
     INTAN
     MyGovernment
     GITN
     MSC
     MDeC
     eKL
     Blog Buletin eP


www ePerolehan


Sejak 1 Julai 2005
Kemaskini 9 April 2010



S1 Semasa sesi demonstrasi hanya ditunjukkan permohonan diluluskan sahaja. Bagaimana pula sekiranya terdapat proses semakan semula atau kaji semula dilakukan?

Memang semasa proses demonstrasi, proses kelulusan sahaja yang ditunjukkan. Walaubagaimanapun, dalam sistem sebenar terdapat butang semak semula sekiranya pelulus tidak berpuas hati. Pelulus boleh menghantar semula kepada urusetia untuk dikaji semula terlebih dahulu sebelum sesuatu kelulusan diperolehi.

S2 Semasa sesi demonstrasi ditujukan demo untuk perolehan yang memerlukan dokumen sokongan sahaja bagaimana dengan sample untuk ujian?

Kalau sesuatu sebut harga atau tender itu memerlukan penghantaran sample, pembekal boleh menghantar sample secara manual pengguna boleh menyatakan kehendak demikian didalam dokumen tender. Bagi tujuan penilaian pengguna boleh memilih kriteria benchmarking. Sehubungan itu keputusan benchmarking boleh dikunci masuk kedalam sistem.

S3 Apakah alternative sekiranya sistem ePerolehan terganggu satu jam sebelum tender atau sebut harga ditutup?

Sekiranya sistem ePerolehan terganggu semasa tawaran sebut harga atau tender ditutup. Pihak urusetia boleh melanjutnya tawaran tender tersebut. Walaubagaimana, Unit ePerolehan akan melihat sama ada sistem ePerolehan mengalami gangguan atau talian di pihak pembekal yang terganggu. Sekiranya terdapat gangguan pada sistem ePerolehan, tarikh dan masa tutup sebut harga / tender bolehlah dilanjutkan. Sekiranya talian pembekal yang terganggu maka pembekal perlu mencari alternative lain dan tarikh dan masa tutup tidak akan dilanjutkan.

S4 Adakah kontrak yang ingin dimuatnaik perlu dimatikan setem?

Adalah menjadi peraturan semasa sesuatu kontrak perlu dimatikan setem, jika tidak dimatikan setem kontrak itu menjadi tidak sah.

Di dalam Sistem ePerolehan, hanya beberapa maklumat sahaja yang perlu dikunci masuk (bukan semua), cth No. Kontrak, Tempoh Kontrak dan lain-lain, ini adalah bertujuan untuk membuat perolehan, pembayaran dan juga pentadbiran kontrak. Keseluruhan isi kontrak boleh jika perlu dimuatnaik dan ianya adalah digalakan.

S5 Adakah Notis Sebutharga terdapat dalam Sistem ePerolehan?

Ya. Notis (Iklan) Sebutharga/Tender dipaparkan di Laman Web ePerolehan.

S6 Adakah terdapat Jadual Pembukaan Sebutharga/Tender di Sistem ePerolehan?

Apabila Sebutharga/Tender dibuka, secara otomatik sistem akan menyedia jadual harga dan dipaparkan di Laman Web ePerolehan. Urusetia boleh mencetak jadual harga ini untuk dipaparkan di papan kenyataan pejabat.

S7 Dalam Lembaga Perolehan, adakah hanya pengerusi sahaja yang diberi kebenaran untuk memilih? Adakah ahli-ahli lain tidak diberikan peluang untuk memilih sama?

Keputusan untuk memilih pembekal adalah keputusan mesyuarat dan perlu mendapat persetujuan sebulat suara. Sebagai pengguna yang di berikan kad pintar pengerusi. di beri tanggungjawab untuk mengunci masuk keputusan mesyuarat ke dalam sistem. Ahli-ahli boleh melihat maklumat-maklumat semsa mesyuarat begitu juga semasa keputusan mesyuarat dikunci masuk ke dalam sistem oleh pengerusi semasa mesyuarat. Minit mesyuarat Jawatankuasa Sebut harga / Tender perlu dimuatnaik dalam Sistem ePerolehan.

S8 Adakah Modul Sebutharga/Tender sama seperti Modul Pembelian Terus/Kontrak Pusat yang bergantung kepada Sistem eSPKB yang mangambil masa yang lama terutamanya semasa Antaramuka semasa menyemak peruntukan dan membuat padanan bayaran?

Modul Pembelian Terus/Kontrak Pusat dalam Sistem ePerolehan mempunyai kebergantungan kepada Sistem eSPKB. Tetapi bagi Modul Sebutharga/Tender belum lagi melibatkan Sistem eSPKB kerana ia bukan proses perolehan ianya proses untuk memilih pembekal.

S9 Kenapa kontrak dilaksanakan secara manual, tidak diselaraskan supaya secara eletronik?

Kontrak RM 50,000.00 ke atas memerlukan dokumen kontrak dan setem dimatikan. Proses ini memerlukan tandatangan dan belum ada lagi tandatangan digital untuk dokumen kontrak.

S10 Surat Niat / Setujuterima perlu ditandatangani oleh Ketua Pengawal. Siapakah yang bertanggungjawab selain Ketua Pengawal untuk menandatangani surat tersebut?

Tanggung jawab adalah mengikut senarai penurunan kuasa yang dibuat. Contoh: Menteri   ->   Ketua Pengawal   ->   Pegawai

S11 Adakah urusetia boleh mengakses semua maklumat dan dokumen yang dikemukakan oleh pembekal?

Urusetia tidak boleh mengakses semua tawaran dan dokumen yang diserahkan secara talian oleh pembekal. Apabila peti sebut harga/ tender (atas talian) dibuka , tawaran pembekal akan terus disalurkan kepada Jawatankuasa Penilai Kewangan dan juga Jawatankuasa Penilaian Teknikal untuk penilaian. Sehubungan itu isu siapakah pembekal yang menghantar tawaran tidak akan diketahui.

S12 Berdasarkan SPP 5/2007, semua dokumen tidak boleh mengandungi atau mempamerkan maklumat atau nama Syarikat utntuk tujuan tender. Bagaimanakah sistem menapis maklumat daripada pihak pembekal kerana kebiasaanya dokumen yang dihantar oleh pembekal mempunyai nama Syarikat?

Untuk dokumen yang dihantar secara manual, urusetia yang membuka peti tender bertanggungjawab untuk menyisih atau membuang nama syarikat sekiranya terdapat pada dokumen yang dikepilkan.

Untuk maklumat yang diserahkan secara atas talian pula, semua maklumat perlu dimasukkan menerusi sistem. Justeru, pembekal tidak dapat masukkan nama syarikat ke dalam sistem. Namun begitu, dokumen yang dikepilkan secara atas talian tidak dapat ditapis oleh sistem. Jadi, menjadi satu keperluan untuk pihak urusetia menyisih maklumat tersebut.

S13 Maklumat yang disediakan menerusi Jadual yang dijana oleh sistem (apabila peti tender dibuka) adalah kurang berbanding jadual yang disediakan secara manual. Maklumat ini penting sebagai sokongan untuk syor yang diserahkan kepada Jawatankuasa Penilaian Kewangan dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal?

Pada peringkat pembukaan dan penilaian maklumat pembekal yang menghantar tawaran memang tidak boleh di ketahui oleh urusetia dan kedua-dua jawatankuasa penialaian. Di peringkat Jawatankuasa Sebutharga dan Lembaga Perolehan semasa pemilihan akhir pembekal baru lah maklumat berkaitan pembekal boleh di perolehi.

Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada,
ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
Hubungi Kami :
No Tel: 03-8312 7270  No. Fax: 03-8312 7271
Unit ePerolehan,Kementerian Kewangan Malaysia, Blok Helang, Villa & Kompleks Pejabat, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
• Hakcipta © 2009 Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia. •