Selamat Datang ke Laman Web Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia
Latest
SMS Service
<<Click here>>


------ --- ------


ePerolehan Mandatory Handholding Session will be held throughout the year. The course been held at all INTAN campus.<<Click here>>


"Suppliers will lose the opportunity to transact with the Government if they are still not eP enabled"- due to Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan S / K.KEW / PK / EP / 1100/000000/143/23 Jld.3(7) dated 3 December 2002


"The use of eProcurement logo for any purpose in any form either published or electronics is absolutely forbidden unless with the written permission from eProcurement Unit."

Tel. No.:
03 7985 7888

Fax No.:
03 7985 7800

Emel:
bantuanptj@eperolehan.com.my

Address:
Khidmat Bantuan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Dua, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.
     ePerolehan
     Treasury
     MAMPU
     EG-AG
     INTAN
     MyGovernment
     GITN
     MSC
     MDeC
     eKL
     Blog Buletin eP


www eProcurement


Since 1st July 2005
Update 9 April 2010




SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL.15 TAHUN 2002


Ketua-ketua Setiausaha Kementerian,
Ketua-ketua Jabatan Persekutuan,
Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri


PELAKSANAAN PEROLEHAN KERAJAAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN


Surat Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan modul Kontrak Pusat dan modul Pembelian Terus (runcit) melalui sistem ePerolehan telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi semua agensi Kerajaan Persekutuan.

2. Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah dilengkapkan dengan infrastruktur ePerolehan (enabled) dikehendaki menggunakan sistem ePerolehan bagi semua pembelian di bawah Kontrak Pusat. Pembelian terus bagi bekalan/perkhidmatan yang lain hendaklah diperolehi daripada katalog ePerolehan. Pembelian diluar sistem ePerolehan hanya dibenarkan sekiranya bekalan/perkhidmatan yang diperlukan tidak mempunyai katalog dalam sistem ePerolehan.

3. Peraturan perolehan Kerajaan pada masa ini masih membenarkan agensi Kerajaan Persekutuan membuat perolehan secara pembelian terus daripada pembekal/syarikat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 2002. Walau bagaimanapun, apabila sistem ePerolehan dilaksanakan sepenuhnya, semua PTJ yang telah enabled disyaratkan membuat perolehan bekalan/perkhidmatan hanya daripada pembekal/syarikat yang telah mempunyai infrastruktur ePerolehan (enabled) dan mempunyai katalog bekalan/perkhidmatan dalam sistem ePerolehan.

4. Bagi menjayakan sistem ePerolehan serta menggalakkan syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan, beberapa peraturan dan syarat pendaftaran syarikat telah dipermudahkan. PTJ yang sering membuat pembelian bekalan/perkhidmatan dengan pembekal/syarikat yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan hendaklah meminta pembekal/syarikat berkenaan segera berdaftar dengan Kementerian Kewangan secara online dan seterusnya menyediakan kemudahan infrastruktur ePerolehan serta memuatnaik katalog bekalan/perkhidmatan masing-masing ke dalam sistem ePerolehan.

5. Surat Pekeliling Perbendaharaan ini berkuatkuasa pada tarikh ianya dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


( Tan Sri Dr. Samsudin bin Hitam )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,


6 November 2002

s.k. Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara,
Akauntan Negara Malaysia, dan
Semua Yang Berhormat Pegawai Kewangan Negeri.


Disclaimer: The Government of Malaysia and the Ministry of Finance shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this site. Companies referred to in this website shall not be construed as agents nor as companies recommended by the Ministry of Finance.
Contact Us :
Tel. No. : 03-8312 7270  Fax No. : 03-8312 7271
Unit ePerolehan,Kementerian Kewangan Malaysia, Helang Block, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
• Copyright © 2009 eProcurement Unit, Ministry of Finance. •