SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2003
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
PELAKSANAAN PEROLEHAN KERAJAAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk meluas dan mempercepatkan pelaksanaan ePerolehan serta pembayaran melalui eSPKB di semua agensi Kerajaan Persekutuan.
2. Semua PTJ yang telah ePerolehan enabled disyaratkan membuat pembelian kontrak pusat dan pembelian terus daripada pembekal/syarikat yang ePerolehan enabled dan mempunyai katalog bekalan/perkhidmatan dalam sistem ePerolehan. Semua Pesanan Tempatan hendaklah dikeluarkan melalui sistem ePerolehan. Pembekal/syarikat yang tidak ePerolehan enabled dan tidak mempunyai katalog tidak dibenarkan membekal kepada agensi Kerajaan yang telah ePerolehan enabled.
3. Selain modul Kontrak Pusat dan Pembelian Terus, modul Sebut Harga dan Tender melalui sistem ePerolehan telahpun dilancarkan. Bagi perolehan bekalan/perkhidmatan melalui sebut harga/tender yang tidak diuruskan di bawah sistem ePerolehan, agensi hendaklah menghantar maklumat mengenai semua keputusan sebut harga/tender seperti di Lampiran kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd. untuk dimasukkan ke dalam sistem ePerolehan. Agensi lain boleh menggunakan maklumat tersebut untuk menguruskan perolehan secara sebut harga/tender di bawah sistem ePerolehan.
4. Sistem ePerolehan ini juga sedang diintegrasikan dengan sistem eSPKB secara berperingkat untuk pembayaran secara elektronik. Mana-mana PTJ yang telah ePerolehan enabled dan eSPKB enabled hendaklah menggunakan tatacara perolehan dan bayaran yang telah ditetapkan untuk kedua-dua sistem ini.
5. Peraturan pembelian terus di bawah SPP Bil. 4 Tahun 2002 dibenarkan sehingga 31 Disember 2004. Kemudahan tersebut akan diperketatkan selepas tarikh tersebut di di mana keutamaan akan diberi kepada mereka yang ePerolehan enabled.
6. Mana-mana pembekal/syarikat yang membelakangi peraturan di atas tidak akan diluluskan bayaran.
7. Berhubung dengan connectivity, walaupun EG*Net telah dipasang, semua PTJ hendaklah memasang talian internet untuk kemudahan redundancy.
8. SPP ini berkuat kuasa serta merta dan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua PTJ yang telah ePerolehan enabled.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,

( Tan Sri Dr. Samsudin bin Hitam )
Ketua Setiausaha Perbendaharaan,
13 Ogos 2003
s.k.
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara,
Akauntan Negara Malaysia Bayaran bagi PTJ yang telah ePerolehan enabled
yang membelakangi peraturan perolehan di atas
hendaklah digantung
Semua YB Pegawai Kewangan Negeri
|