KEMENTERIAN KEWANGAN
SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2004
Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Ketua-Ketua Badan Berkanun
Pihak-pihak Berkuasa Tempatan
HAD NILAI DAN SYARAT-SYARAT PEMBELIAN TERUS BAGI BEKALAN DAN PERKHIDMATAN
Tujuan
Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk memaklumkan perubahan kepada SPP Bil. 4 Tahun 2002 mengenai had nilai dan syarat-syarat pembelian terus bagi bekalan dan perkhidmatan.
Latar Belakang
2. Prosedur dan syarat-syarat pembelian terus bagi bekalan dan perkhidmatan telah ditetapkan melalui SPP Bil. 4 Tahun 2002. Walau bagaimanapun selaras dengan pelaksanaan sistem ePerolehan serta pembayaran melalui eSPKB di semua agensi Kerajaan Persekutuan, SPP Bil. 5 Tahun 2003 telah menetapkan bahawa peraturan pembelian terus di bawah SPP Bil. 4 Tahun 2002 dibenarkan sehingga 31 Disember 2004. Sehubungan itu prosedur dan syarat pembelian terus yang baru perlu ditetapkan.
Had Nilai dan Syarat-Syarat Pembelian Terus Bagi Bekalan dan Perkhidmatan
3. Had nilai dan syarat-syarat pembelian terus bagi bekalan dan perkhidmatan adalah ditetapkan seperti berikut :
|
Nilai Perolehan |
|
Taraf Pembekal/Syarikat |
| (i) |
Sehingga RM10,000 setahun bagi setiap jenis item |
|
Daripada mana-mana pembekal/ syarikat |
| (ii) |
Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item |
|
Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan |
4. Untuk memudahkan proses perolehan, pengkelasan barangan yang digunakan bersama dimansuhkan dan dengan itu klasifikasi bekalan mengikut 'tiap-tiap jenis item atau kelas jenis item' yang terdapat dalam AP 170.1, AP171.1, AP173.1 dan AP184.2(ii) dengan ini digantikan dengan 'setiap jenis item'.
Pembelian Terus bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah ePerolehan Enabled
5. Bagi semua PTJ yang telah ePerolehan enabled, proses pembelian terus bagi kategori 3(ii) di atas hendaklah dibuat melalui sistem ePerolehan daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di negeri yang berkenaan yang telah ePerolehan enabled. Sekiranya tidak terdapat pembekal/syarikat Bumiputera di negeri berkenaan, Pegawai Pelulus boleh membenarkan pembelian dibuat daripada mana-mana pembekal/syarikat Bumiputera yang ePerolehan enableddari negeri-negeri berdekatan. Walau bagaimanapun jika tiada pembekal yang ePerolehan enabledbagi perolehan tertentu maka pembelian boleh dibuat secaraofflinedaripada pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Pembelian Terus bagi Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang belum ePerolehan Enabled
6. Bagi PTJ yang belum ePerolehanenabled,pembelian terus bagi kategori 3(ii) di atas hendaklah dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera di dalam negeri berkenaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Sekiranya tidak terdapat pembekal/syarikat Bumiputera di negeri berkenaan, Ketua PTJ/Pemegang Waran diberi kuasa untuk meluluskan pembelian daripada mana-mana pembekal/syarikat Bumiputera dari negeri-negeri berdekatan yang diketahui sentiasa menawarkan harga yang berpatutan dan Pesanan Pembelian Tempatan hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pusat Tanggungjawab/Pemegang Waran atau pegawai-pegawai lain yang telah diberi kuasa secara bertulis mengikut AP176.1(b).
Tanggungjawab PTJ
7. Semua PTJ yang ePerolehanenabledhendaklah mempastikan pembelian terus dibuat daripada pembekal/syarikat yang ePerolehan enableddan mempunyai katalog bekalan/perkhidmatan dalam sistem ePerolehan. Hanya pembekal/syarikat yang ePerolehanenabledsahaja dibenarkan membekal kepada agensi Kerajaan yang telah ePerolehan enabled.
8. PTJ yang sering membuat pembelian bekalan/perkhidmatan daripada pembekal/syarikat yang tidak berdaftar atau yang belum ePerolehanenabledhendaklah menasihatkan pembekal/syarikat berkenaan supaya segera berdaftar dan seterusnya memuat naik katalog bekalan/perkhidmatan masing-masing kedalam sistem ePerolehan supaya dapat terus berurus niaga dengan agensi-agensi Kerajaan apabila ePerolehan dilaksanakan sepenuhnya kelak.
Kuatkuasa dan pembatalan
9. SPP ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2005. Dengan berkuatkuasanya SPP ini, SPP Bil. 4 Tahun 2002 dan para 5 dalam SPP Bil. 5 Tahun 2003 adalah dibatalkan.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,

(Dato' Izzuddin Bin Dali)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
31 Disember 2004
s.k.
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara
Akauntan Negara Malaysia
Semua Pegawai Kewangan Negeri
|