Selamat Datang ke Laman Web Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia

Bahasa Malaysia
English

Video Korporat

Terkini
Perkhidmatan SMS
<<Sila klik>>


------ --- ------



"Pembekal akan kehilangan peluang untuk bertransaksi dengan pihak Kerajaan jika masih tidak eP enabled"- selaras dengan Surat Ketua Setiausaha Perbendaharaan S/K.KEW/PK/EP
/1100/000000/143/23 Jld.3(7) bertarikh 3 Disember 2002


"Penggunaan logo ePerolehan untuk sebarang tujuan dalam sebarang bentuk sama ada bercetak atau elektronik adalah dilarang sama sekali melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Unit ePerolehan."


No Tel:
03 7985 7888

No. Fax:
03 77871001 atau 03 7985 7800

Emel:
bantuanptj@eperolehan.com.my

Alamat:
Khidmat Bantuan ePerolehan
Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
Tingkat Dua, Wisma Amtek
No.15, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor.
     ePerolehan
     MAMPU
     EG-AG
     INTAN
     MyGovernment
     GITN
     MSC
     MDeC
     eKL
     Blog Buletin eP


www ePerolehan


Sejak 1 Julai 2005
Kemaskini 9 Disember 2011



KEMENTERIAN KEWANGAN


SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 8 TAHUN 2005


Semua Ketua Setiausaha Kementerian
Semua Ketua Jabatan Persekutuan



PELAKSANAAN KONTRAK KEMENTERIAN
MELALUI SISTEM ePEROLEHAN


Tujuan

Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan memaklumkan mengenai pelaksanaan Kontrak Kementerian melalui sistem ePerolehan bagi semua Kementerian/Jabatan Persekutuan.

Takrif Kontrak Kementerian

2.'Kontrak Kementerian' ditakrifkan sebagai sesuatu kontrak yang diikat oleh sesuatu Kementerian/Jabatan dengan sesuatu pembekal bagi maksud pembekalan barangan/perkhidmatan untuk jangka masa, kuantiti/nilai siling yang tertentu. Kontrak Kementerian diurus dan digunakan sendiri oleh Kementerian/Jabatan berkenaan sahaja dan adalah berlainan daripada Kontrak Pusat Kementerian Kewangan.

Latar Belakang

3. Perolehan bekalan barangan dan perkhidmatan daripada Kontrak Pusat Kementerian Kewangan telah menggunakan sistem ePerolehan mulai 6 Oktober 2000 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2000. Selaras dengan perkembangan semasa ePerolehan, modul Kontrak Kementerian telah dibangunkan untuk melaksanakan perolehan bekalan barangan dan perkhidmatan Kontrak Kementerian melalui sistem ePerolehan. Pembangunan modul Kontrak Kementerian ini adalah berasaskan kepada fungsi dan ciri modul Kontrak Pusat Kementerian Kewangan yang sedia ada dengan beberapa penambahbaikan yang bersesuaian dengan Kontak Kementerian.

4. Pada masa kini Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat dengan perolehan Kontrak Kementerian terpaksa menggunakan dua sistem yang berlainan untuk membuat pembelian iaitu secara manual bagi Kontrak Kementerian dan secara sistem ePerolehan bagi modul-modul lain termasuk Kontrak Pusat Kementerian Kewangan, pembelian terus, sebut harga dan tender. Bagi maksud keseragaman dan untuk memastikan PTJ-PTJ menggunakan sistem ePerolehan bagi melaksanakan kesemua perolehan, maka modul Kontrak Kementerian ini telah dibangunkan.

Pelaksanaan Modul Kontrak Kementerian

5. Semua PTJ yang telah dilengkapkan dengan infrastruktur ePerolehan (eP enabled) adalah dikehendaki menggunakan sistem ePerolehan bagi semua pembelian di bawah Kontrak Kementerian. Pembelian di luar sistem ePerolehan hanya dibenarkan jika PTJ belum eP enabled.

Memuat Naik Katalog Ke Modul Kontrak Kementerian

6. Semasa menguruskan dokumen tender bagi Kontrak Kementerian yang baru, pembekal hendaklah dikenakan syarat supaya memperolehi taraf eP enabled dan memuat naik katalog masing-masing ke dalam sistem ePerolehan. Kementerian/Jabatan juga dikehendaki memuat naik maklumat Kontrak Kementerian ke dalam sistem ePerolehan seperti nama pembekal, jenis bekalan/perkhidmatan, spesifikasi dan tempoh kontrak. Ini bertujuan untuk memastikan semua PTJ di bawah Kementerian/Jabatan dapat mengakses secara talian.

7. Bagi Kontrak Kementerian yang masih berkuat kuasa, Kementerian/Jabatan hendaklah memaklumkan kepada pembekal yang berkenaan supaya memperolehi taraf eP enabled dan memuat naik katalog masing-masing untuk memastikan semua PTJ di bawah Kementerian/Jabatan dapat mengakses secara talian. Kementerian/Jabatan juga dikehendaki memuat naik maklumat Kontrak Kementerian ke dalam sistem ePerolehan seperti nama pembekal, jenis bekalan/perkhidmatan, spesifikasi dan tempoh kontrak.

Fi Perkhidmatan Bagi Transaksi Secara Elektronik

8. Semasa menguruskan Kontrak Kementerian yang baru, dokumen tender dan perjanjian kontrak hendaklah menyatakan dengan jelas mengenai syarat fi yang akan dikenakan bagi perolehan yang diuruskan secara elektronik. Fi perkhidmatan bagi perolehan secara elektronik adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta. Semua pembekal sewajarnya sedia maklum mengenai fi yang dikenakan ini kerana syarat pengenaan fi perkhidmatan tersebut telah termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah Sistem ePerolehan.

9. Bagi Kontrak Kementerian yang masih berkuat kuasa, Kementerian/Jabatan hendaklah memaklumkan pembekal Kontrak Kementerian yang berkenaan mengenai fi perkhidmatan tersebut. Kementerian/Jabatan juga dikehendaki memasukkan syarat pengenaan fi tersebut ke dalam mana-mana perjanjian tambahan yang dibuat kepada Kontrak Kementerian yang sedia ada/semasa.

Manual Panduan Penggunaan Kontrak Kementerian

10. Untuk memastikan kelancaran perolehan Kontrak Kementerian secara elektronik, Ketua Kementerian/Jabatan hendaklah memastikan semua pegawai dan kakitangan terlibat menghadiri latihan aplikasi modul Kontrak Kementerian. Untuk panduan semua Kementerian/Jabatan, Manual Pengguna Kontrak Kementerian akan dibekalkan oleh syarikat Commerce Dot Com.

Kuat Kuasa

11. SPP ini berkuat kuasa serta-merta.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


(Dato' Izzuddin Bin Dali)
Ketua Setiausaha Perbendaharaan

10 November 2005

s.k.
Ketua Setiausaha Negara
Ketua Audit Negara Malaysia
Akauntan Negara Malaysia


Penafian:- Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan
oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada,
ataupun syarikat yang disyorkan oleh Kementerian Kewangan.
Hubungi Kami :
No Tel: 03-8312 7270  No. Fax: 03-8312 7271
Unit ePerolehan,Kementerian Kewangan Malaysia, Blok Helang, Villa & Kompleks Pejabat, Cyberview Gardens, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
• Hakcipta © 2011 Unit ePerolehan, Kementerian Kewangan Malaysia. •